Skip to main content

Bola Sepak

FIFA ASEAN Cup: FIFA tolak permohonan, pasukan ranking ke-138 dunia mahu tarik diri?

aa

Pasukan India dilaporkan bakal menarik diri daripada menyertai Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 susulan mahu memberikan fokus berdepan juara Piala Dunia lima kali, Brazil.

Perkara itu susulan pertembungan tarikh antara kejohanan itu dan perlawanan persahabatan antara India dan Brazil.

Menerusi MakanBola, berkongsikan: "Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) cuba mengemukakan kompromi dengan menghantar pasukan India B-23 atau skuad India B sebagai pengganti ke kejohanan berkenaan.

"Walau bagaimanapun, permohonan AIFF telah ditolak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Susulan itu, AIFF akan membuat keputusan tentang status mereka dalam kejohanan itu.

"Sekiranya India memilih aksi menentang Brazil, AIFF perlu menyediakan pakej kewangan sehingga 70 juta rupee (RM286 juta). Pakej tersebut merangkumi jualan tiket, penaja dan sokongan kerajaan Bengal Barat untuk membawa Brazil beraksi di Kolkata." kongsinya.

Skuad Blue Tigers itu diundi dalam satu divisyen sama bersama Indonesia, Malaysia dan Singapura. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video