Skip to main content

Bola Sepak

FAM perlu selesaikan dilema pucuk kepimpinan -- Dr Zulakbal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Adakah tindakan peletakan jawatan seluruh exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jalan penyelesaian terbaik?

Perkara itu terus menjadi persoalan, namun pemerhati bola sepak negara, Profesor Madya Dr Zulakbal Abd Karim, berpendapat jalan penyelesaian realistik dalam menentukan hala tuju FAM berikutan kemelut yang melanda adalah dengan memberi tempoh tertentu buat kesemua ahli jawatankuasa berbincang, sekali gus mencapai persetujuan dalam melantik presiden baharu.

Advertisement

Ini kerana pastinya terdapat exco yang tidak bersetuju sekiranya mereka didesak untuk melepaskan jawatan sedangkan ia bukan kesalahan mereka dan ada juga yang baru saja dilantik.

Begitupun, ahli yang menggalas tanggungjawab perlu bersatu hati memilih pucuk pimpinan tertinggi yang dirasakan mampu melaksanakan perubahan jika masih cintakan bola sepak tempatan.

"Saya fikir adalah lebih baik beri peluang kepada exco yang baru dilantik dalam masa setahun untuk memilih presiden baru sejak Datuk Joehari Ayub meletakkan jawatan, Datuk Yusoff Mahadi hanyalah pemangku.

"Terpulang kepada pimpinan untuk memilih exco, sama ada kekal atau ada pelantikan baru terpulang kepada ahli gabungan.

"Kita tidak mahu menang sorak kampung tergadai," katanya. 
 

Must Watch Video