Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengubah pendekatan dalam menilai insiden menarik rambut lawan.
Setelah tiga kejadian kad merah musim lalu membabitkan semakan video bantuan pengadil (VAR) mengundang perdebatan, kesepakatan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Liga Perdana, dan pada masa yang sama pegawai perlawanan akan lebih teliti dan tegas untuk kesalahan memegang pihak lawan ketika sepakan penjuru atau bola pegun.
Pengurus Manchester United, Michael Carrick, antara yang mengkritik kad merah ke atas anak buahnya, Lisandro Martinez, dengan menyifatkan ia keputusan buruk yang pernah disaksikannya.