Ranking bola sepak kebangsaan turun dua anak tangga untuk di kedudukan ke-135 dunia dalam data yang dikemas kini Persekutuan Bola Sepak Anatabangsa (FIFA) hari ini.
China memperoleh 3.69 mata untuk menghuni tangga ke-95 selepas mencipta kemenangan 2-0 ke atas Harimau Malaya di laman sendiri malam tadi, sementara Yaman yang bakal dihadapi Malaysia Selasa depan, turun tiga anak tangga untuk berada di ranking 147 dunia.
Jepun yang mengalahkan Brazil 3-2 dalam aksi persahabatan semalam kekal sebagai kuasa terbesar Asia dengan menguasai ranking ke-17 dunia, manakala Thailand (93) merupakan jaguh ASEAN diikuti Vietnam (99) yang masing-masing menghuni kelompok 100 terbaik dunia.
Skuad negara yang di bawah pengendali sementara, Tan Cheng Hoe, kini mengumpul 1098.40 mata keseluruhan.