Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Gol sendiri Rutter pastikan Arsenal kekal di puncak liga

t.spurs logo.png

Join now via My Astro App to win Spurs jersey & merchandise!

Arsenal

Arsenal kekal berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Brighton 2-1 dalam perlawanan di Stadium Emirates lewat malam tadi.

Dalam perlawanan itu, The Gunners memimpin permainan seawal minit ke-14 menerusi ledakan gemilang ketua pasukannya, Martin Odegaard, dari luar kotak penalti.

Advertisement

Mereka kemudian memperoleh tambahan jaringan dalam babak kedua apabila penyerang Brighton, Georginio Rutter, tertanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-52.

Jaringan itu sudah pasti penting buat The Gunners bagi mengelak keciciran mata, apatah lagi selepas Diego Gomes menjaringkan gol buat Brighton pada minit ke-64.

Dengan kemenangan itu, Arsenal kekal di tangga teratas EPL dengan 42 mata selepas 18 perlawanan tetapi hanya dibezakan dua mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester City.


 

Must Watch Video