Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Bukan ke United, Antoine Semenyo sah milik Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

semenuyo

Manchester City mengesahkan kehadiran pemain sayap Ghana, Antoine Semenyo, dari Bournemouth semalam, sekali gus menambah kekuatan jentera serangan pasukan itu bagi saingan Liga Perdana Inggeris 2025/26 musim ini.

Pengurus City, Pep Guardiola, menjelaskan kelab itu telah memantau perkembangan Semenyo yang dianggap pemain serba boleh, mampu beraksi di kedua-dua bahagian sayap serta sebagai penyerang, selain memiliki kepantasan dan pengalaman luas dalam kempen liga.

Advertisement

 

 

 

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai City selepas kelab berkenaan memenuhi klausa pelepasan bernilai £65 juta (sekitar 390 juta Ringgit), dengan Semenyo muncul antara penjaring terbanyak liga musim ini menerusi 10 gol dan tiga bantuan jaringan bersama Bournemouth setakat ini.

Kehadiran Semenyo dijangkakan mampu memberi suntikan penting kepada cabaran kejuaraan City yang kini ketinggalan enam mata di belakang Arsenal, di samping menambah pilihan serangan sedia ada seperti Erling Haaland, Phil Foden dan Jeremy Doku.

Topik Berkaitan

Must Watch Video