Kekalahan kepada Aston Villa sebelum ini tidak mematahkan semangat Arsenal apabila kelab itu kembali memenangi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menewaskan Wolverhampton Wanderers di tempat sendiri, malam tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan skuad kendalian Mikel Arteta itu buntu menembusi gawang meskipun mengatur serangan bertali arus.
Advertisement
The Gunners sememangnya kekal dengan gelaran Raja Sepakan Penjuru tatkala berjaya menjaringkan gol menerusi situasi bola mati sekali lagi. Lencongan daripada Bukayo Saka mengenai tiang, sebelum terkena penjaga gol, Sam Johnstone, untuk jaringan sendiri.
LEAVING IT LATE FOR A BIG THREE POINTS 🤩 pic.twitter.com/oUoPVgnWY8
— Arsenal (@Arsenal) December 13, 2025
Pada minit ke-89, pasukan pelawat menyamakan kedudukan 1-1, sekali gus membangkitkan kemarahan pemain kerana membenarkan jaringan tersebut berlaku.
Wolves sekali lagi bermurah hati melepaskan gol sendiri di mana tandukan Yerson Mosquera memberikan tiga mata penuh buat Arsenal dan terus menjarakkan diri daripada Manchester City.
Dalam masa sama, Liverpool juga mencatatkan keputusan positif untuk kembali mendaki kedudukan lima terbaik liga.
Dua jaringan daripada Hugo Ekitike meletakkan The Reds di atas Manchester United di tempat keenam.
+3 ✊🔴 pic.twitter.com/OWuhtDTeVN
— Liverpool FC (@LFC) December 13, 2025