Skip to main content

E-Sukan

E-sukan: Homebois BSE selangkah pertahan mahkota Honor of Kings International Championship

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

E-sukan

Upper bracket final Honor of Kings International Championship (KIC) 2025 di Manila yang menjadi milik wakil negara, Homebois BSE!

Kejohanan ini menyaksikan tiga wakil Malaysia terus mendominasi pentas antarabangsa iaitu HBSE, Nova Esport, dan Alpha Gaming apabila kesemuanya berada dalam empat kedudukan terbaik kejohanan.

Advertisement

Sebagai juara bertahan, HBSE meneruskan momentum apabila mengesahkan tempat ke grand final selepas menewaskan rakan senegara, Nova 4–1.

Tonggak utama HBSE, Chan Tat Yann -- atau lebih dikenali sebagai MusangKing -- berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada dominasi Malaysia di pentas akhir.

"Kami sudah membuat persiapan selama setahun dan masih ada senjata rahsia yang belum kami tonjolkan kepada pihak lawan," kata MusangKing.

Grand final Honor of Kings International Championship 2025 dijadual berlangsung esok dengan Malaysia kini berada di laluan terbaik untuk membawa pulang mengulangi kejuaraan.

Must Watch Video