Skip to main content

Permotoran

Dua atlet Terengganu gegar dunia trek minggu ini

SAD

Dua kisah berbeza, dua atlet kelahiran Terengganu menggegar dunia trek pada minggu ini.  

Hakim Danish Ramli --  anak muda berusia 19 tahun kelahiran  kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu -- membuktikan Litar Brno merupakan makanannya dengan menjuarai Moto3 MotoGP Czechia.

Tidak cukup dengan sensasi merekodkan catatan terpantas sepanjang zaman, 2:04.938s, dalam sesi ujian bebas, dua kejadian sebelum dan selepas perlumbaan itu juga menjadi bualan dunia.

Dalam satu perlumbaan yang mendebarkan dan memintas Brian Uriarte di selekoh pusingan terakhir perlumbaan untuk bergelar juara.

Padahal, sebelum deruman pertama perlumbaan sebenar, dia menjadi mangsa hukuman 12 petak ke belakang yang dikenakan ke atasnya kerana melanggar peraturan perlumbaan dalam sesi kelayakan.

Datuk Azizulhasni Awang pula dari  Kuala Dungun. Cuma berjuang dalam di trek berbeza.

Jijoe cukup istimewa di peta sukan berbasikal trek dunia. Sudah banyak kali, Jijoe mencabar batasan kemampuan anak Malaysia. Semangat juangnya luar biasa.

Pada usia 38 tahun, Jijoe yang masak benar dengan lumrah sebagai atlet tampil bersuara mengenai politik dalaman sukan setelah sifunya, John Beasley, yang kini bertindak sebagai pengarah teknikal skuad berbasikal negara terpalit isu.

Sesi 'townhall' yang sepatutnya menjadi gelanggang yang meredakan, kisahnya tampak akan berlarutan biarpun masa depan pakar dari Australia tersebut bagai boleh dijangka.

Dan yang terkesan, adalah atlet.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video