Bekas bintang Sepanyol, Santi Cazorla, memilih untuk menggantung but pada umur 41 tahun, sembilan tahun selepas diberitahu dia berkemungkinan tidak boleh berjalan secara normal lagi.
Pemain tengah itu menyatakan hasrat tersebut melalui laman sosial di X: "Saya tidak pernah berhenti mencuba. Dan akhirnya, saya kembali. Bukan untuk menutup satu bab tetapi untuk kembali meniikmati segalanya, untuk mengingati mengapa saya bermula.
"Dan sekarang, apabila lampu dipadamkan, apabila but digantung dan bunyi bising hilang dalam kesunyian, semuanya akan kembali ke tempat asalnya. Kerana pengakhirannya bukan hanya di mana-mana; ia adalah di kampung halaman"
Cazorla menikmati karier selama 23 tahun biarpun pernah digugat dengan kecederaan tumit dan pergelangan kaki yang menuntutnya menjalani lapan pembedahan ketika di Arsenal sejak 2015 malah dua tahun kemudian, doktor sempat berpesan bahawa dia bernasib baik untuk boleh berjalan lagi.
Namun, dengan kecekalan tinggi dia kembali beraksi bersama Villareal pada 2018.