Skip to main content

Bola Sepak

Dicemuh sebagai pembunuh, Owono padam media sosial dan mahu mohon maaf kepada keluarga mendiang

Dicemuh sebagai pembunuh, Owono padam media sosial dan mahu mohon maaf kepada keluarga mendiang
Advertisement

Penjaga gol FC Andorra, Jesús Owono, dilaporkan masih terkesan dengan tragedi yang mengorbankan penyerang CD Tenerife, Jesús de Miguel, susulan pertembungan ketika aksi kedua-dua pasukan.

Menurut laporan radio COPE menerusi program El Partidazo de COPE, penjaga gol kelahiran Equatorial Guinea itu berdepan detik sukar selepas mengetahui De Miguel meninggal dunia akibat insiden berkenaan.

Advertisement

Sumber yang rapat dengan FC Andorra menegaskan tiada sebarang niat untuk mencederakan De Miguel, sebaliknya insiden itu berlaku ketika Owono cuba keluar dari kawasan gol pada detik yang tidak tepat sebelum pertembungan berakhir dengan tragedi.

Insiden berkenaan turut memberi kesan mendalam kepada skuad pelawat. Malah, beberapa pemain FC Andorra menyifatkan kejadian itu sebagai 'perkara paling sukar pernah mereka alami di atas padang bola sepak', menurut laporan sama.

Advertisement

Owono juga dilaporkan berdepan sorakan penyokong yang melaungkan perkataan 'pembunuh' di Stadium Heliodoro Rodríguez López, sebelum mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya susulan reaksi terhadap insiden tersebut.

Dalam perkembangan sama, Owono dikatakan berhasrat menghubungi keluarga De Miguel atau individu terdekat pemain itu bagi menyampaikan permohonan maaf serta sokongan.

Bagaimanapun, dia mahu melakukannya secara peribadi dan menunggu masa yang dirasakan sesuai sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka.

Tragedi itu bukan sahaja meninggalkan kesan kepada keluarga dan rakan sepasukan De Miguel, malah turut menggoncang pemain yang terlibat secara langsung dalam insiden berkenaan, sekali gus memperlihatkan kesan kemanusiaan di sebalik tragedi yang menyelubungi bola sepak Sepanyol.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video