SELANGOR 3 KL CITY 0
Selangor meneruskan kecemerlangan mereka dalam 'derby' Lembah Klang apabila menyajikan prestasi meyakinkan ketika membenam Kuala Lumpur (KL) City, sebentar tadi.
Sejak tiupan wisel pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, barisan kendalian Kim Pan-gon itu rancak mengatur serangan dalamn usaha melanjutkan rentetan empat kemenangan Liga Super dan kali kedua mencatat tanpa bolos musim ini.
Bekas pemain Negeri Sembilan, A Selvan, memberikan Gergasi Merah gol pendahuluan ketika menghabiskan pergerakkan Crigor Moraes pada minit ke-24 permainan.
Berselang beberapa minit sahaja, pemain sayap kiri itu berpeluang menggandakan kelebihan tuan rumah, tapi percubaannya dihalang penjaga gol KL City.
Selangor terus mengancam gawang lawan yang akhirnya terhasil dalam babak kedua yang menyaksikan Moraes meledak gol ketujuh liga musim ini.
Tetapi tugas Moraes belum selesai dan 15 minit menuju masa kecederaan, dia mencipta umpanan untuk disudahkan Eduaardo Sosa untuk melebarkan kedudukan 3-0.
Dalam satu lagi pertemuan derby, DPMM diangkat selaku pemenang ketika bertandang ke Stadium Likas dan mengecewakan Sabah 2-1.