Keajaiban berlaku di Komazawa Olympic Park hari ini apabila kuartet 4x400 meter lelaki pekak negara yang pada awalnya disahkan terkandas dalam pusingan pertama diberi nyawa baharu setelah keputusan rasmi menyaksikan mereka layak ke pentas akhir Deaflympics.
Ia berikutan quartet negara Amerika Syarikat dan Venezuela dibatalkan penyertaan ekoran tidak mengikut garisan awal yang ditetapkan serta pasukan Brazil yang gagal menamatkan larian ke garisan penamat.
Advertisement
Keputusan tersebut melonjakkan kuartet negara pada kedudukan ketiga dengan catatan 3:33.94 saat untuk berakhir dalam acara akhir esok.
"Saya macam tidak percaya tiba-tiba disebabkan tiga negara tidak layak.
"Kami sangat bersyukur atas rezeki untuk beraksi dalam final," menurut salah seorang pelari negara, Muhammad Shahrul Azmer.