Skip to main content

Boling

Deaflympics: Huwainaa Danduan-Nor Misha hadiahkan pingat perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Deaflympics

Huwainaa Danduan Abdullah dan Nor Misha Nathera Mackery yang tidak diletakkan sebarang sandaran dalam acara tenpin boling doubles wanita melakar sensasi dengan menghadiahkan pingat perak pertama Deaflympics Tokyo 2025.

Dalam game pertama, Korea Selatan mengutip 203 jatuhan pin berbanding Malaysia dengan 175 jatuhan pin.

Advertisement

Dalam game kedua, Malaysia cuba memberikan saingan hebat tetapi gandingan Korea Selatan tampil lebih unggul dengan melakukan strike di hujung perlawanan.

Ia secara tidak langsung menyaksikan gandingan negara itu tumpas 180-208 jatuhan pin.

"Ia mendebarkan tatkala kami cuba mendapatkan rentak dalam cubaan mendapatkan pingat.

"Korea Selatan memang kuat, kami sudah pun berikan yang terbaik.

"Syukur kami dapatkan pingat perak untuk Malaysia ," menurut Nor Misha.

Must Watch Video