Skip to main content

Badminton

Deaflympics: Beregu campuran hadiahkan kilauan medal sulung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Pingat pertama kontinjen negara dalam Deaflympics 2025 disumbangkan oleh beregu campuran, Edmund Teo-Boon Wei Ying selepas melakar kemenangan ke atas beregu India, Abhinav Sharma dan Jerlin Jayaratchagan 21-13, 23-21, dalam penentuan gangsa hari ini.

Kemenangan itu juga membalas dendam kekalahan kepada gandingan sama dalam final edisi Deaflympics Brazil 2022.

Advertisement

Ia jelas mengubati kekecewaan mereka selepas terlepas peluang menghadiahkan emas pertama buat kontinjen pekak kebangsaan.

"Hari ini kami mengerahkan segala kudrat walaupun hajat mendapatkan pingat emas tidak kesampaian.

"Kami menebusnya dengan mendapatkan gangsa pertama.

"Cabarannya sangat tinggi dan saya ingin berterima kasih kepada jurulatih serta rakyat Malaysia," kata Edmund Teo.

 

Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Topik Berkaitan

Must Watch Video