Skip to main content

Olahraga

Deaflympics: Azlan perbaiki catatan peribadi, terlepas medal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deaflympics

Hero Sabah yang merupakan pelari jarak sederhana pekak kebangsaan, Azlan Kuste, mencatat masa 16:38.49s untuk menempatkan diri di kedudukan ke-12 acara 5000m lelaki pekak akhir Deaflympics Tokyo, hari ini.

Azlan memperbaiki catatan peribadi, 16:48.85s, yang dilakukan di peringkat saringan acara itu, Jumaat lepas.

Advertisement

"Saya berpuas hati dan bersemangat dengan catatan baru ini walaupun terlepas gangsa.

"Dua tahun lagi, saya akan kembali dengan lebih baik," menurutnya.

Zaiman Megat Abu menamatkan saingan akhir lompat jauh pekak lelaki di tempat kesembilan dengan lompatan terbaik 6.57 meter yang dicapainya dalam lompatan pertama.

Zaiman gagal mengatasi lompatan 6.99m yang dilakukannya dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Sarawak bulan lalu.

"Walaupun tidak menyumbangkan pingat buat Malaysia, tapi saya sudah cuba buat yang terbaik," menurutnya.

Sementara itu, Hazrul Shah Hamri pula menamatkan saingan acara tersebut di kedudukan terakhir dengan catatan 6.20m.

Dalam masa sama, atlet 4x400 m lelaki pekak negara menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan catatan 3:33.18s, sekali gus mengatasi catatan  3:33.94s yang dilakukan Sabtu lalu.

Nike

Laju dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Topik Berkaitan

Must Watch Video