Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A selaku naib johan, sekali gus berjaya lolos ke separuh akhir Piala Srikandi Merdeka selepas menewaskan Arab Saudi 9-0 di Super Soccer Arena, Kudus, Indonesia semalam.
Kelebihan jaringan menyaksikan pelapis Malayan Tigress untuk memiliki kelebihan berbanding Hong Kong meskipun berkongsi empat mata.
Meskipun beraksi dengan 10 pemain ekoran Dishanna Nagarajan Pillay dilayangkan kad merah tetapi, skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16) wanita negara itu mencipta sensasi apabila mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah.
Satu lagi tumpuan di mana bintang berdarah warisan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) menjadi tunjang utama kemenangan pasukan bimbingan Fairuz Montana Zainal Abidin itu.
Lim You menjaringkan tujuh gol dengan beberapa jaringan cantik menjadi tumpuan kejohanan dan serta merta diangkat sebagai penjaring terbanyak ketika ini.
Baru berusia 14 tahun, tetapi perbezaan kualiti terus menjadikan dirinya senjata dan sandaran Malaysia menjelang pertemuan separuh akhir nanti.
Untuk rekod, pemain cilik itu mendapat pendidikan awal bola sepak di XF Academy yang berpangkalan di AS.