Skip to main content

Sukan

Comel -- Giant Panda of the sea, all around China!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

China

Tular di media sosial mengenai kemeriahan Sukan Kebangsaan China ke-15 sedang berlangsung dengan dua maskotnya, Xiyangyang dan Lerongrong, yang diinspirasi daripada haiwan ikan lumba-lumba China, lebih mesra dengan panggilan ‘Giant Panda of The Sea’.

Bentuk unik dan pergerakan mereka yang aktif telah tersebar luas dalam talian, dengan ramai pengguna menyatakan bahawa mereka kelihatan lebih seperti ayam berbanding ikan lumba-lumba.

Advertisement

Tetapi di sebalik gurauan itu, maskot-maskot ini membawa tujuan simbolik. Ikan lumba-lumba China ialah spesies perlindungan Gred satu yang berasal dari muara sungai mutiara, dan sering digunakan untuk mempromosi pemuliharaan marin serta idea keseimbangan hidup bersama dengan alam semula jadi.

Warna putih dan merah jambu pula mencerminkan tona semula jadi haiwan itu sementara nama mereka melambangkan tema kegembiraan, perpaduan dan hubungan — selari dengan penekanan sukan tersebut dalam menghubungkan Guangdong, Hong Kong dan Macau merentasi Kawasan Greater Bay.

Dan tahukah anda, kanak-kanak seni bela diri yang memperaga maskot itu bukan sahaja kelihatan sangat terlatih, malah setiap gerakan mereka penuh keyakinan dan ketepatan.

Kecomelan dan keberanian mereka berjaya mencuri perhatian ramai, sambil mencuit hati penonton dengan gaya persembahan yang begitu spontan dan bersahaja. Jadi tak hairan la mengapa  persembahan mereka menjadi tular dan terus menambat hati orang ramai di seluruh China.
 

Must Watch Video