Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea tunggu penalti shootout yang tidak kunjung tiba terpaksa akur seri dengan JDT

JDT

Mujur seri, kalau tewas tercalar juga reputasi Chelsea walaupun tidak menurunkan barisan bintang. Ini menyaksikan Chelsea menamatkan jelajah perlawanan persahabatan dengan rekod baik dan berakhir dengan keputusan seri 3-3 apabila diikat pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta'zim (JDT).

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu bagaimanapun tamat dalam keadaan penuh kekeliruan di kalangan para pemain The Blues.

Jaringan sendiri yang dihasilkan Antonio Glauder yang tertampan bola tanpa sengaja pada minit ke-89 telah menyelamatkan maruah pasukan dari barat London itu, sekali gus menerbitkan bayangan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti selepas itu.

Namun selepas beberapa minit menanti, Ketua Operasi Pasukan Utama Chelsea, Kevin Campello, memaklumkan bahawa ia tidak akan berlaku seperti yang termaktub dalam kontrak.

Perlawanan yang dihiasi dengan tujuh layangan kad kuning itu turut menyaksikan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi, mencuri tumpuan dengan gol sulung perlawanan.

Kredit foto: Azrul Rafie

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video