Skip to main content
Advertisement

Sepak Takraw

CekcomDigi STL: Kelantan Warriors, PDRM Defenders tempah tiket suku akhir STL GP Penang

stl
Advertisement

Kelantan Warriors mengesahkan kemaraan ke suku akhir STL Premier 2026 GP Penang selepas menewaskan Bomba Fighters 2-0 dalam aksi Kumpulan A di Kompleks Sukan Balik Pulau, hari ini.

Kemenangan menerusi keputusan 15-11, 15-6 itu membolehkan Kelantan Warriors mengutip dua mata penting untuk memastikan tempat ke kelompok lapan terbaik, sekali gus menamatkan peluang Bomba Fighters untuk mara selepas mengalami kekalahan kedua dalam peringkat kumpulan.

Advertisement

Turut mengesahkan kemaraan dari Kumpulan A ialah PDRM Defenders, menjadikan pertemuan kedua-dua pasukan esok sebagai penentu kedudukan juara dan naib juara kumpulan menjelang aksi suku akhir.

Sementara itu, ATM Guardians mempamerkan kebangkitan bertenaga untuk menewaskan Negeri Sembilan Antlers 2-1 dalam aksi Kumpulan C.

Advertisement

ATM Guardians yang tewas 11-15 pada set pertama bangkit menguasai dua set berikutnya dengan kemenangan 15-11 dan 15-9, sekali gus memastikan kemenangan penting dalam usaha memburu tempat ke suku akhir.

Kejayaan itu turut meletakkan ATM Guardians di kedudukan teratas Kumpulan C buat sementara waktu, namun mereka masih perlu mengharungi satu lagi aksi penting menentang Kuala Lumpur Thunder esok bagi mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Bagi Negeri Sembilan Antlers, nasib mereka kini bergantung kepada keputusan pertemuan Kuala Lumpur Thunder menentang ATM Guardians untuk menentukan sama ada slot suku akhir masih menjadi milik mereka.

Dengan saingan peringkat kumpulan semakin menghampiri penghujung, aksi esok dijangka berlangsung sengit apabila beberapa pasukan masih memburu kedudukan terbaik sebelum undian atau penentuan lawan bagi suku akhir dimuktamadkan.

Artikel asal diterbitkan di Flash Sukan

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video