Skip to main content

Bola Sepak

Calon juara Piala Dunia ketawa besar!

Brazil

Vinicius Jr menjadikan Stadium Maracana sebagai pesta peribadinya apabila menjaringkan gol awal yang memukau untuk membantu Brazil meraih kemenangan besar 6-2 ke atas Panama pagi tadi.

Dengan Piala Dunia 2026 kurang daripada seminggu lagi, Brazil telah melaungkan amaran untuk kembali selaku gergasi bola sepak dunia dengan status juara sebanyak lima kali sebelum ini.

Kurang dari seminit selepas sepak mula, bintang Real Madrid itu terus memukau peminat dengan rembatan derasnya menerjah jaring untuk jaringan pembukaan tuan rumah.

Panama kemudiaan melancar kebangkitan drastik dengan sepakan percuma Michael Murillo terkena Matheus Cunha menyebabkan Alisson gagal menampan bola tersebut, sekali gus mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-14.

Kredibiliti jeneral tengah Manchester United, Casemiro, sekali lagi menjadi nadi utama pasukan dengan menanduk masuk hantaran Vinicius untuk Brazil kembali mendahului perlawanan.

Jurulatih, Carlo Ancelotti, menukar hampir keseluruhan pasukan pada separuh masa kedua untuk memberi peluang buat pemain lain menonjolkan kelebihan masing-masing.

Tujuh minit selepas aksi babak kedua bermula, sepakan penjaga gol Panama, Orlando Mosquera, menghadiahkan bola kepada Rayan, sebelum menolak masuk ke gawang lawan.

Lucas Paqueta menjadikan kedudukan 4-1 pada minit ke-60 dengan percubaan melengkung melepasi Mosquera, sebelum Igor Thiago menambah gol kelima menerusi penalti tiga minit kemudian selepas penjaga gol Panama itu menjatuhkannya.

Danilo menambah gol keenam pada minit ke-81 dengan rembatan dari dalam kotak penalti, sebelum Carlos Harvey sekadar memberi gol sagu hati buat Panama sebelum permainan tamat.

Brazil akan berdepan Mesir hujung minggu depan sebelum memulakan kempen Kumpulan C menentang Maghribi. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video