Skip to main content

Bola Sepak

Bukan semua pemain dapat wakili negara mereka -- Pemain warisan negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malayan

Pertahanan warisan Malayan Tigress, beranggapan peluang mewakili negara di peringkat tertinggi pada usia 17 tahun sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Amerika Syarikat, Tegan Butler, ini mahu menjadikan pengalaman di Amerika sebagai bekalan untuk membantu pasukan mengharungi cabaran kali ini.

Advertisement

"Ia pengalaman yang bagus, saya gembira dengan peluang ini kerana bukan semua pemain dapat mewakili negara. Saya mahu buat negara bangga. Keserasian kami sangat bagus." tambahnya.

Temasya sukan dwitahunan di Thailand itu juga menjadi pentas istimewa buat tonggak senior Steffi Sidhu apabila pemain yang akan diberikan lilitan kapten ini akan membuat penampilan terakhirnya di pentas kali ini.

"Peluang nak menang sukar, tetapi kami akan lakukan yang terbaik. Jurulatih pasti ada taktikal sendiri memandangkan kami akan berdepan Vietnam, Filipina yang merupakan pasukan Piala Dunia.

"Jika kami boleh beri saingan, maka ia bagus buat kami. Mungkin ini temasya terakhir saya semestinya saya mahu lakukan yang terbaik buat diri saya dan pasukan." tambahnya.

 

 

Dalam pada itu, pengendali Malayan Tigress, Joel Cornelli, yang menegaskan pasukannya tetap mahu bersaing hebat dalam temasya Sukan SEA Thailand nanti meskipun menyedari ranjau berliku menanti mereka di Chonburi.

Ia menyaksikan skuad bola sepak wanita negara berada dalam kumpulan maut bersama dua pasukan yang beraksi di pentas Piala Dunia dua tahun lalu iaitu Vietnam dan Filipina selain Myanmar.

"Kami tahu ranking tiga pasukan ini agak baik, mereka berada di ranking yang bagus kerana prestasi mereka bagus.

"Bagi kami, saya tidak mahu bercakap mengenai belajar, kami tidak pergi sana untuk belajar, kami ke sana untuk cuba beri saingan.

"Kami memiliki rekod enam kemenangan, saya berpuas hati dengan penyokong," tambahnya.

 

Must Watch Video