Skip to main content

Bola Sepak

Bukan pasukan 'underdog', Maghribi kini huni tangga keenam dunia

Bukan pasukan 'underdog', Maghribi kini huni tangga keenam dunia

Pasukan kebangsaan Maghribi terus mengukuhkan status mereka sebagai kuasa bola sepak baharu dunia apabila melonjak ke tangga keenam dalam ranking langsung FIFA, kedudukan tertinggi dalam sejarah negara Afrika Utara itu.

Peningkatan tersebut hadir selepas skuad Atlas Lions mencatat keputusan seri 1-1 menentang Brazil dalam aksi Kumpulan K Piala Dunia 2026, sekali gus membolehkan mereka memintas beberapa gergasi bola sepak dunia dalam ranking semasa.

Kebangkitan Maghribi bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Selepas mencipta sejarah sebagai negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar, mereka terus menunjukkan konsistensi di pentas antarabangsa termasuk muncul juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dan mengekalkan prestasi cemerlang dalam kejohanan utama.

Dalam kempen Piala Dunia 2026, Maghribi memulakan cabaran dengan keputusan seri 1-1 menentang Brazil sebelum menewaskan Scotland 1-0. Keputusan itu meletakkan mereka dalam kedudukan kukuh untuk mara ke pusingan kalah mati sambil mengumpul mata berharga bagi ranking FIFA.

Antara pemain yang mencuri tumpuan ialah penyerang serba boleh, Ismael Saibari, yang menjaringkan gol dalam dua perlawanan pertama Maghribi. Pemain berusia 25 tahun itu muncul watak penting dalam sistem baharu jurulatih Mohamed Ouahbi dan dianggap sebagai simbol generasi baharu bola sepak Maghribi.

Kejayaan mendaki ke kelompok enam terbaik dunia membuktikan bahawa Maghribi bukan lagi sekadar pasukan kejutan. Mereka kini dilihat sebagai pencabar serius di pentas antarabangsa dan antara wakil Afrika yang paling digeruni.

Dengan baki saingan kumpulan masih berbaki, peluang untuk Maghribi terus memperbaiki kedudukan ranking dunia terbuka luas sekiranya mereka mampu meneruskan rentak cemerlang di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Prestasi konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa kebangkitan Maghribi bukan fenomena sementara, sebaliknya hasil daripada pembangunan bola sepak yang tersusun dan pelaburan jangka panjang yang kini mula membuahkan hasil di pentas dunia.

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video