Skip to main content

Boling Padang

Boling Padang Singles dan Pairs Kebangsaan 2026: Awalan seru perkasa aspek ketahanan mental pemain

asa

"Masih ada bendera merah"

Nada ketegasan itu disuarakan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, merujuk kepada prestasi pemain utama kem negara dalam Kejohanan Singles dan Pairs Kebangsaan 2026 yang baru melabuhkan tirainya semalam.

Kenyataan yang juga merupakan 'teguran' buat beberapa atlet senior negara — memandangkan kem negara bakal berlepas ke Australia bagi mengikuti kejohanan terkemuka disamping mengambil kira detik kurang 60 hari menuju Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Elemen keterbukaan sukan boling padang merupakan lumrah dalam setiap kejohanan, namun, aspek itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk pemain elit tewas di peringkat awal saingan.

Tidak dinafikan, faktor nasib turut memainkan peranan dalam sukan ini, bagi PLBM, tiada ruang buat kem negara terus longlai sebaliknya mempersembahkan persembahan terpuji bermula dengan Kejohanan Terbuka Australia 2026.

Amanat itu disampaikan kepada skuad negara selepas tamat kejohanan yang berlangsung di Ipoh, Perak, itu.

Untuk rekod, Presiden PLBM turut merupakan ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 dari 23 Julai sehingga 2 Ogos hadapan.

"Masih ada bendera merah, saya tidak setuju kata-kata tiada bendera merah. Atlet yang kami jangkakan cemerlang kali ini masih ada yang kurang memberansangkan.

"Ada single yang kalah dalam pusingan kelayakan, saya masih tekankan meningkatkan katahanan mental pemain dalam hadapi kedudukan kritikal.

"Jika mental tidak kuat, kita tidak boleh beri aksi yang terbaik." katanya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video