Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul, mengesahkan pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan status tujuh pemain warisan Harimau malaya, sama ada boleh kembali beraksi di pentas antarabangsa atau pun sebaliknya.
Ia, selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memuat naik surat rasmi daripada FIFA yang meminta Ahli Bersekutu mematuhi arahan yang dikeluarkan.
Advertisement
"Kita baru terima surat daripada FIFA yang tidak mempunyai banyak matlumat.
"Jadi, kita buat masa ini sedang berbincang dengan FIFA untuk mendapat informasi yang lebih terperinci berhubung status pemain itu sama ada boleh bermain atau tidak dengan pasukan kebangsaan.
7 pemain warisan boleh kembali wakili Harimau Malaya?
Ini reaksi Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul.
More on Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/QCgYD9f5sG— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 28, 2026
"Kita masih menunggu maklumat tepat daripada FIFA. Sebagaimana yang kita tahu, FIFA sudah membuat keputusan yang berasingan berhubung status perlawanan persahabatan. Mereka tidak boleh beraksi waktu itu.
"Itulah percanggahan yang perlu kita tunggu. Buat masa ini, kita harus menunggu dan melihat sahaja," katanya.
"Yang pasti, mereka boleh bermain dengan kelab.
Terdahulu, FAM memaklumkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan penangguhan pelaksanaan atau 'stay of execution' dikemukakan tujuh pemain Malaysian Abroad, yang menyaksikan hukuman penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bolasepak ditangguhkan buat sementara waktu.