Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak Sukan SEA: Nafuzi mahu elak 'sumpahan' aksi pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nafuzi Zain

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain, mahu mengelakkan sumpahan tewas aksi pertama menjelang saingan Sukan SEA 2025 di Thailand bermula hujung minggu ini.

Situasi itu menghantui Harimau Muda, yang tewas aksi pertama dalam dua kejohanan tahun ini, sekali gus menyebabkan mereka berputih mata tanpa sebarang pencapaian setakat ini.

Advertisement

Keadaan itu mahu diperbaiki Nafuzi dengan mengharapkan aksi pertama Kumpulan B, Sukan SEA bertemu Laos pada Sabtu ini, mampu diakhiri dengan kemenangan.

Bagaimanapun, cabaran besar dihadapinya untuk mengumpulkan pemain terbaik memandangkan saingan liga tempatan masih berjalan dan sebahagian pemain belum mendapat pelepasan daripada kelab masing-masing.

"Dalam dua kejohanan sebelum ini, kita terkandas disebabkan kekalahan dalam perlawanan pertama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya rasa perlawanan pertama adalah perlawanan penting untuk mendapatkan tiga mata bagi membuka peluang layak ke pusingan seterusnya.

"Disebabkan itu kami memerlukan pemain terbaik sebagai penentu untuk kita sebelum ke perlawanan kedua.

"Ia juga penting buat kami daripada segi persiapan kerana dalam dua kejohanan sebelum ini, kami tidak berdepan kerumitan seperti yang sedang dihadapi ketika ini."

 

Must Watch Video