Hasrat Malaysia untuk mara ke pusingan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025 tidak kesampaian selepas terpaksa akur tewas melawan kepada Thailand 0-1 di Stadium Rajamangala, Bangkok, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu menghukum Harimau Muda seawal minit kelapan menerusi sepakan percuma yang disempurnkan Yotsakorn Burapha untuk menewaskan Zulhilmi Sharani untuk meletakkan Thailand mendahului 1-0.
Advertisement
Selang tujuh minit kemudian, Malaysia dihukum sekali lagi apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pengadil melayangkan kad merah kepada Aiman Yusuf selepas melakukan kekasaran.
Begitupun, skuad muda negara terus komited mencari gol penyamaan dengan beberapa siri serangan yang berbahaya namun tiada sebarang penambahan jaringan hingga berakhir babak pertama.
Babak kedua pula menyaksikan skuad kendalian Thawatchai Damrong Ongtrakul giat menyerang kubu pertahanan negara yang kemas bertahan, begitupun tiada sebarang tambahan jaringan tercipta hingga tamat 90 minit permainan.
Anak buah Nafuzi Zain secara rasminya akan ke penentuan pingat gangsa berdepan Filipina nanti.