Skip to main content

Advertisement

Sukan SEA

Bola Sepak Sukan SEA: Gol Abang Banatao bantu Filipina tumbangkan Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola sepak sea

Filipina melakar kemenangan tipis 1-0 menewaskan juara bertahan dalam edisi lalu, Indonesia, dalam saingan Kumpulan C, Sukan SEA Thailand 2025 di Chiang Mai, Thailand, malam tadi.

Jaringan tunggal Filipina hadir menerusi tandukan Otu Abang Banatao pada penghujung permainan babak pertama. Meskipun skuad Garuda Muda mencari gol penyamaan dalam babak kedua, tiada sebarang jaringan hadir sehingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisement

"Kami berharap ada perkara baik iaitu untuk boleh melepasi saingan peringkat kumpulan. Selepas ini kami akan melakukan persiapan berdepan Myanmar.

 

 

 

"Hasil keputusan Malaysia-Vietnam itu tidak boleh diatur, yang penting cara mempersiapkan pasukan berdepan Myanmar nanti." kata jurulatih Indonesia, Indra Sjafri.

Indonesia yang dibarisi Rafael Struick, Ivan Jenner dan Muhammad Ferarri akan meneruskan saingan berdepan Myanmar, manakala Filipina mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir selepas mencipta dua kemenangan -berdepan Myanmar dan Indonesia- sebelum ini.

Must Watch Video