Bekas jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, dilaporkan memberikan lampu hiijau buat anaknya, Luka Jordy Hodak, untuk mewakili skuad kebangsaan.
Perkara yang tular di media sosial baru-baru ini itu susulan Luka yang dikhabarkan memegang pasport negara susulan ibunya merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang.
Advertisement
"Isteri saya adalah warga Malaysia dan Luka pula dilahirkan di Malaysia. Dia memiliki pasport Malaysia, dan sekiranya dia menerima panggilan daripada skuad Malaysia, kami akan membenarkannya menyertai kem latihan.
"Kami tiada sebarang masalah untuk dia mewakili Malaysia." katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Kehadiran pemain muda seperti Luka yang Ketika ini sedang Bersama skuad remaja NK Trnje di Croatia berbakat semestinya akan memberikan nilai tambah buat bola sepak tanah air.
Nama Bojak Hodak tidak asing lagi dalam sukan bola sepak tanah air sejak 2006. Antara kegemilangan yang ditempanya ialah mengendalikan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Dia juga meraih kejuaraan treble bersama Kelantan (Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) dan membawa Kuala Lumpur City ke pentas Asia pada 2021.