Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Bertaraf dunia tapi pasukan sorak Malaysia berlatih di ruang kurang ideal

Cheerleading

Pasukan sorak Malaysia, Youth All Girls, sedia menggegar pentas Asia apabila bakal menjadi tuan rumah buat julung kalinya dalam Kejohanan Sorak Asia dari 16 hingga 18 Oktober 2026.

Skuad negara mempertaruhkan enam pasukan yang terdiri daripada dua skuad pom, empat skuad cheer termasuk dua pasukan Dark All Girl serta Divisi Co-Ed.

Advertisement

Meskipun pasukan sorak negara memiliki reputasi baik di pentas antarabangsa, realitinya mereka berlatih di persekitaran yang kurang ideal.

Masalah utama yang dihadapi adalah ketiadaan tempat latihan yang luas dan selamat, selain kekurangan fasiliti dan kemudahan asas.

Memandangkan Malaysia bakal menganjurkan kejohanan berprestij hujung tahun ini, pasukan sorak Malaysia menagih sokongan semua pihak dalam misi muncul yang terbaik di rantau Asia.

"Sudah tentu adalah lebih baik sekiranya gelanggang yang lebih luas dan tahap pencahayaan boleh ditingkatkan.

"Cheerleading cuma memerlukan ruang yang besar dan ketinggian siling dan ini semua boleh dijayakan menerusi sokongan dana selain tikar yang boleh menampung atlet ketika jatuh.

 

"Kami memerlukan sokongan daripada segi venue, penajaan dalam memastikan atlet negara dapat berlatih dalam suasana yang lebih selamat dan lebih baik," kata Presiden Cheerleading & Register of Malaysia Association, Lim Chin Hau.

Pasukan sorak Youth All Girls yang bertanding atas kategori umur dari 12 hingga 14 tahun merupakan generasi emas yang dicanang untuk meneruskan legasi Malaysia.

Mereka menjuarai Piala Dunia 2024 dan muncul naib juara Kejohanan Asia tahun lalu.

"Saya kami mampu memenanginya di samping segala usaha keras yang telah dicurahkan, kata atlet, Ten Yi Xuan.

Rakan sepasukannya, Bella Isadora pula berkata: "Sasaran kami ialah memberikan persembahan terbaik dan melakukannya dengan kemas dan selamat.

"Saya harap kami dapat memenanginya tahun ini."

 

Must Watch Video