Skip to main content

Berbasikal

Berbasikal Trek Asia: Zhen Yi sahut cabaran jurulatih peroleh catatan masa bawah lima minit di Tagaytay

zhen

Pelumba berbasikal trek (endurance) negara, Yeong Zhen Yi, menyahut seruan dari jurulatihnya, Fairoz Izni Abd Ghani, untuk membuat catatan di bawah 5 minit dalam acara 4 kilometer (km) wanita elit individual pursuit dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Tagaytay, Filipina pada 25 hingga 31 Mac ini.

Dia juga berhasrat untuk mengekalkan kilauan pingat gangsa yang dimenanginya pada edisi lalu dalam acara tersebut.

Advertisement

Berbekalkan latihan beraltitud 1900 meter atas paras laut di Kunming, China bermula 1 hingga 20 Mac ini, dia dilihat bakal menambah kapasiti staminanya menerusi latihan di negara tembok besar itu.

Persediaan itu bakal dijadikan senjata ampuh untuk melunaskan misi serampang dua mata di Tagaytay, Filipina.

Begitupun, dia mengakui perlu memperbaiki aspek 'explosive' pecutannya dalam sesi latihan bagi menghadapi kejohanan itu.

"Sasaran saya di ACC dapat raih podium dan bawa pulang pingat kerana rekod itu saya yang lakukan, saya harap dapat pecahkan rekod lagi.

"Saya berikan segalanya dalam Latihan, fokus jadi saya yakin mampu lakukan lebih baik kali ini." katanya.

Must Watch Video