Skip to main content

Permotoran

Beraksi dalam Moto3 impian jadi kenyataan buat Hakim Danish

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim danish

Pelumba negara, Hakim Danish Ramli, berkata peluang untuk beraksi sebagai pelumba wildcard dalam tiga pusingan Moto3 musim ini sebagai impian jadi kenyataan.

Ini kerana dia tidak pernah menyangka akan dapat mencapai impian itu secepat ini, apatah lagi selepas sah menandatangani kontrak bersama MSi Racing sebagai pelumba sepenuh masa musim depan

Advertisement

"Pada awak tahun ini, saya masih tidak jangka akan mendapatkan tiket wildcard dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 di laman sendiri," katanya ketika bercakap sebagai tetamu jemputan dalam Nadi Arena sebentar tadi.

"Alhamdulillah, saya juga diberikan rezeki sebagai pelumba waildcard dalam dua pusingan terakhir di Portugal dan Valencia.

"Saya sangat gembira tidak terkata kerana bagi saya, ia merupakan perlumbaan terbesar dan memang impian saya, di mana saya dapat capai impian itu."

 

Must Watch Video