Skip to main content

Bola Sepak

Bekas kapten Harimau Malaya anjur liga remaja

l

 

Bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim, meluaskan pengaruh dan penjenamaannya menerusi penubuhan liga akar umbi, SR8 Youth League Malaysia 2026.

Impian yang lama terpendam dalam diri bekas tonggak tengah prolifik negara itu kini akhirnya terlaksana.

Safiq yang sebelum ini menumpukan fokusnya terhadap akademinya sendiri mempunyai hajat yang tertunggak — menubuhkan liga akar umbi yang lebih sistematik serta menitikberatkan “ pendidikan bola sepak “ dan bukannya tertumpu kepada kemenangan semata-mata.

"Kami menerima 114 permohonan dan kami akan cuba mencapai sekurang-kurangnya 150 pasukan.

"Kami mahu menjadikan saingan ini seperti liga profesional (termasuk dalam aspek) konsep, penajaan dan siarannya.

"Dengan pengalaman yang ada, kami mahu berkongsi pengetahuan. Malah di penghujung saingan, kami mahu adakan kem latihan, iaitu kelas tambahan untuk semua posisi.

"Saya harap pemain-pemain dapat sumbangkan sesuatu atau pengalaman kepada pemain remaja," katanya.

Liga SR8 dianjurkan di tujuh venue utama sekitar lembah klang, dari peringkat umur bawah enam tahun hingga B-18 tahun apabila melibatkan saingan lima sepasukan, tujuh sepasukan, sembilan sepasukan serta 11 sepasukan.

Penganjuran Liga Bola Sepak SR8 menitikberatkan tiga elemen utama iaitu pembangunan pemain, kejohanan kompetitif dan pendedahan eksklusif ilmu bola sepak.

Tarikh penyertaan pasukan Liga SR8 masih dibuka sehingga 25 Jun hadapan tatkala saingan liga bermula pada 4 Julai 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video