Skip to main content

Sukan SEA

Bekas juara dunia antara calon julang kontinjen Sukan SEA negara

ll
Advertisement

Persekutuan Sukan Tarian Malaysia (MYDF) mengintai sentuhan bekas juara dunia, Alexey Glukhov, bagi mempertingkatkan kualiti dan prestasi atlet negara menjelang Sukan SEA 2027.

Naib presidennya, Chua Zjen Fong, yakin usaha mendapatkan khidmat pakar bertaraf dunia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan atlet negara juga akan diberi pendedahan menerusi penyertaan pertandingan antarabangsa.

Advertisement

"Russia merupakan kuasa dunia dalam kategori tarian ini.

"Jurulatih-jurulatih dari ini Russia kini berada di luar negara dan kebimbangan kami adalah urusan visa mereka," katanya yang ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Advertisement

Zjen Fong turut mengesahkan MYDF membuka peluang kepada jaguh breaking negara, Lego Sam, untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan menerusi senarai panjang menjelang temasya dwitahunan itu.

"Dia mengalami kecederaan lutut 'ACL' dan dalam sukan ini perkara yang serius.

"Dia masih di peringkat pemulihan.

"Kami perlu tengok kedudukan ranking dunia dan saya juga meluahkan hasratnya untuk bertanding," katanya.

MYDF meletakkan sasaran lima pingat emas daripada keseluruhan 10 acara yang bakal dipertandingkan dalam Sukan SEA Malaysia 2027 dan untuk rekod, sukan tari kembali mewarnai kejohanan serantau it selepas kali terakhir dipertandingkan dalam edisi Hanoi 2021.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video