Skip to main content

Renang

Bekas jaguh renang AS jual tiga emas Olimpik tampung penceraian dengan bekas model Playboy

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

renang

Bekas jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Ryan Lochte, memutuskan untuk menjual tiga pingat emas Sukan Olimpik miliknya dengan harga mencecah AS$400,000 (RM1.2 juta) sebaik rumah tangganya dengan model Playboy runtuh.

Isterinya yang juga bekas model Playboy, Kayla Reid, baru-baru ini memfailkan perceraian untuk menamatkan perkahwinannya yang berusia tujuh tahun.

Advertisement

Walaupun Reid menyifatkan perpisahan itu sebagai keputusan yang menyakitkan, Lochte -- yang melalui tempoh buruk akibat kemurungan dan masalah arak -- pula berterima kasih berhubung detik yang mereka pernah kongsi bersama termasuk kehadiran tiga orang anak mereka.

Ini bukan kali pertama perenang itu menjual medalnya dan pada 2022, dia melepaskan enam perak dan gangsa dengan harga $166,000 (RM524,811) bagi tujuan amal dan menguruskan kewangan peribadinya.

Lochte -- yang hangat menjalinkan dengan seorang wanita lain -- menegaskan tindakan ini sama sekali tidak akan menjejaskan legasinya yang memiliki koleksi enam emas.

Dia memilih untuk menjual emas acara berganti-ganti gaya bebas 4x200m Olimpik Beijing 2008 yang dimenanginya di samping Michael Phelps dengan harga $183,000 (RM578,557).

$80,000 (RM252,921) untuk emas sulungnya menerusi Olimpik Athens 2004, manakala emas terakhirnya Olimpik Rio 2016 dilepaskan dengan harga $122,000 (RM385,704).

 

Must Watch Video