Aksi timbal balik separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) membabitkan Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) nampaknya bakal bermula dengan perang saraf yang tidak dijangka.
Ia apabila susulan tindakan gergasi Jerman itu yang enggan membenarkan PSG bagi menggunakan hotel mereka sebagai tempat untuk penginapan bagi menghadapi perlawanan itu Khamis ini.
Advertisement
Hotel Infinity di Munich yang merupakan penginapan tetap bagi pasukan juara Bundesliga itu hanya bakal menempatkan barisan pemain tuan rumah sahaja.
Hotel yang berada di lokasi sekitar 20 kilometer (km) daripada Stadium Allianz Arena itu juga merupakan antara faktor tuah oleh pasukan Bayern sejak sekian lama.
Namun, ketika menerima permintaan oleh juara bertahan untuk membolehkan delegasi mereka turut menginap di hotel berkenaan ia segera ditolak dan sama sekali tidak akan berkompromi untuk membenarkan pasukan Perancis itu berbuat demikian.
"Ini bandar kami. Kami akan kekal di Infinity," Jelas Pengurus Bayern, Vincent Kompany.
"Kami tidak akan melepaskan hotel rasmi kami. Ini perlawanan laman sendiri dan bandar kami," kata pengarah sukan kelab, Christoph Freund pula.
Susulan itu, PSG terpaksa mencari lokasi lain dan dijangka menginap di Hotel Andaz di kawasan Schwabinger Tor yang juga berhampiran laluan menuju Allianz Arena.