Skip to main content

Advertisement

Badminton

BAM perlu perluas cari bakat perseorangan -- legenda negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Bekas pemain kebangsaan, Ong Ewe Hock, berpandangan sebarang perubahan perlu dilakukan secara teliti dan berlandaskan prestasi ketika mengulas desas-desus rombakan kejurulatihan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ewe Hock turut menegaskan bahawa proses pembangunan pemain memerlukan masa dan sokongan menyeluruh.

Advertisement

Dengan pasukan perseorangan lelaki senior BAM kini hanya dibarisi empat pemain iaitu Leong Jun Hao, Justin hoh, Eogene Ewe dan Kong Zhou Swin, manakala Ng Tze Yong masih berehat akibat kecederaan lutut, langkah ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Kenneth Jonassen, memperluaskan kelompok pemain dilihat wajar.

Pendekatan ini dianggap penting bagi mewujudkan persaingan sihat dan memperkukuh daya saing badminton negara.


"Ini kejohanan pertama dalam (kalendar) 2026. Saya harap ada peningkatan terutama daripada segi perseorangan wanita.

"Mereka mula meraih keputusan yang baik dan mula menarik perhatian, ia satu petanda baik dan teruskan usaha.

"Perseorangan lelaki pula perlu terus bekerja keras untuk capai taraf antarabangsa," katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir tonggak negara menjuarai Terbuka Malaysia adalah pada 2018 menerusi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei, dalam acara perseorangan lelaki.

"Langkah pertama adalah cari sebanyak boleh pemain dan (untuk tengok) hasilnya paling cepat adalah enam bulan.

"Selepas itu barulah dapat cari pemain yang bagus," katanya lagi. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video