Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Remaja Bakti: Semangat juang Lee Chong Wei jadi inspirasi Jun Hao pamer aksi luar biasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Saingan hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bakti menyaksikan aksi luar biasa mewarnai kategori perseorangan lelaki B-11 tahun di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur, hari ini.

Antara yang mencuri tumpuan adalah kelibat Foo Jun Hao daripada pasukan Tunas Juara Bakti yang menumpaskan lawan daripada Akademi Badminton Hun Boon, Lee Wayne Horng, dengan keputusan 30-20.

Advertisement

Kemenangan itu ternyata menyuntik semangat Wayne yang berhasrat mengikut jejak langkah legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, dengan mempamerkan corak permainan tangkas serta kawalan penuh gelanggang

"Saya gementar sedikit hari ini, seluruh tubuh badan saya menggigil kerana saya berasa gementar. Saya mengharungi cabaran itu dengan corak permainan rally panjang sebelum saya mengetahui kelemahan lawan seperti Lee Chong Wei.

"Saya menyukai semangat juang Lee Chong Wei." katanya.

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bakti kembali buat edisi ke-13 yang bakal berlangsung bermula 27 sehingga 30 Disember ini, dengan penyertaan lebih 1000 peserta berusia lingkungan 7 hingga 17 tahun dari seluruh negara.

Untuk rekod, penganjuran edisi kali ini masih mengekalkan format perlawanan seperti sebelumnya, 24 kategori dipertandingkan melibatkan 16 kategori perseorangan serta lapan kategori beregu.

Selain fokus utama bagi mencungkil bakat baru dalam badminton, kejohanan ini terus menjadi platform membentuk ketahanan mental dan fizikal pemain untuk menempuh pertandingan di peringkat lebih tinggi.

Lebih menarik, rata-rata peserta kejohanan mempunyai pengalaman bermain sekurang-kurangnya setahun dan ada juga yang merupakan pemain negeri.

Must Watch Video