Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Remaja Bakti: Saya inspirasikan An Se-young, nak jadi pemain Malaysia -- Alya Delaila

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

"An Se Young adalah idola saya"

Itu antara luahan dalam kehangatan suasana saingan hari kedua Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bakti 2025 dengan menyaksikan langkah kanan pemain B-14, Alya Delaila Mohd Faizal dari kelab Iszz Brothers Zaba selepas menewaskan Ng ean Ee dari pasuan Yap Brothers Badminton Association 307.

Advertisement

"Jurulatih suruh main tengah dan segera matikan bola, teruskan berlatih serta terus fokus. Saya mahu jadi pemain Malaysia, inspirasikan An Se Young.

"Saya ikut segala latihan yang diberikan jurulatih, jika jurulatih suruh lari saya akan lari berapa lama pun ketika sesi latihan seperti yang jurulatih arahkan." katanya.

Dalam satu lagi saingan kategori B-10 perempuan pula menyaksikan aksi hebat ditampilkan Nur Zahra Nafisah dari Kota Kemuning yang tidak berdepan masalah mengatasi cabaran pemain dari Art Sport, Chua Eevonne dengan keputusan 30-23.

"Saya bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menang dalam permainan tadi, pasukan lawan ada teknik yang baik dan saya pula gunakan backhand dan bermain bola di jarring." tambahnya.

Manakala, aksi beregu lelaki b-10 pula menyaksikan dominasi beregu lelaki, He Jin Eng-Goh Jeong Ven, menewaskan gandingan, Maatesnat Pilai-Thivegan Thewan dengan keputusan 30-9.

Mereka yang mengidolakan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, itu diasak pasukan lawan sebelum memperkemas aspek serangan serta bertahan sekali gus menoktahkan permainan dengan kemenangan.

Lebih menarik, gandingan tersebut berhasrat mewakili negara dalam tempoh lapan tahun daripada sekarang.

"Saya gembira tetapi gementar sebelum perlawanan, saya idolakan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana mereka gandingan yang bagus serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi." jelas Jin Eng.

Must Watch Video