Dalam saingan hari pertama kategori B-13 Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bakti 2025 menyaksikan Goh Yue Zhuan dari Kelab Ooi Swee Khoon mudah menundukkan Joseph Yun dari Kelab Tan Jinn Hwa dengan keputusan 30-9 sekaligus menempah tiket ke pusingan kedua esok.
Dia menjadikan idolanya sejak kecil adalah perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, kerana terpegun dengan 'signature' backhand Zii Jia yang sangat tajam dan mengelirukan.
Advertisement
Yue Zhuan juga berazam untuk setidak-tidaknya meraih tempat ketiga dalam kejohanan ini.
"Saya menewaskan pihak lawan dengan menggunakan kelajuan saya, saya berasa gementar sebelum dapat mengawalnya.
"Sasaran saya adalah untuk meraih pingat gangsa kali ini." katanya.