Skip to main content

Badminton

Badminton Terbuka Remaja Bakti: Produk Astro Kem Badminton tempah tiket separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Produk Astro Kem Badminton, Nuha Eryna Doni dan Lau Jay Earl, antara yang menyinari dalam saingan suku akhir acara beregu wanita kategori B-12 Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bakti 2025, hari ini.

Lebih menarik apabila Jay Earl, yang baru kembali dari Thailand bersama Astro Kem Badminton sah memikat Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan pengalaman yang diukir tahun ini menjadi kayu pengukurnya.

Advertisement

Ia selaras dengan sasarannya untuk menyarung jersi Malaysia pada satu hari nanti.

"Latihan di Thailand sangat memenatkan.

"Saya dapat belajar aspek disiplin dan corak latihan mereka.

"Saya harap dapat belajar sesuatu daripada pemain senior di sana dan bagaimana untuk mengekalkan prestasi terbaik," katanya.


Sementara itu, cerita sedih buat Nuha Eryna apabila kejohanan ini menjadi aksi terakhirnya di samping Jay Earl.

Semuanya kerana gandingannya itu bakal beralih fokus kepada saingan B-14, sekali gus memaksa pemain muda dari Selangor itu perlu membentuk gandingan baru untuk dia terus bersaing dalam kategori B-12.

"Saya memburu kejuaraan berganda, acara perseorangan dan beregu.

"Lagipun selepas ini saya perlu cari gandingan baru," katanya pula. 

Topik Berkaitan

Must Watch Video