Skip to main content

Sukan SEA

Badminton Sukan SEA Thailand: Tujuh wakil negara bergaya ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Seramai tujuh wakil negara meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir badminton, Sukan SEA Thailand 2025 hari ini.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka langkah terlebih dahulu selepas menewaskan wakil Singapura, Terry Hee-Jin Yu Jia, dalam aksi straight set, 21-12, 21-14.

Advertisement

 

 

 

Perjalanan itu diikuti perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching, yang menewaskan wakil Indonesia, Ni Kadhek Dinda Anitya Pratiwi, dengan kemenangan 21-16,21-16.

Dua beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, menepati ramalan ke separuh akhir, sebelum Pearly Tan-M.Thinaah juga mengikuti jejak mereka selepas menewaskan wakil tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Sapsiree Taerattanacha.

 

 

Sementara itu, dua perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, dan Leong Jun Hao, turut tidak berdepan masalah mengesahkan slot mereka ke separuh akhir sekali gus melengkapkan dominasi negara di pentas separuh akhir.
 

Must Watch Video