Skuad badminton berpasukan lelaki negara meneruskan kemaraan ke pentas akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Kampus Rangsit Universiti Thammasat, sebentar tadi.
Wakil negara yang dibarisi Leong Jun Hao, Soh Wooi Yik-Man Wei Chong, Justin Hoh, Aaron Chia, Tee Kai Wun dan Aidil Sholeh itu menewaskan Thailand 3-1 dalam saingan separuh akhir.
Advertisement
Malaysia bermula Langkah kiri selepas perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, terpaksa akur tewas kepada juara dunia, Kunlavut Vitidsarn, dalam aksi straight set, 15-21,15-21.
Begitupun,beregu nombor dua dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menyumbangkan mata pertama negara dengan kemenangan 21-18,21-19, sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.
Justin Hoh yang turun selaku wakil kedua perseorangan negara menyumbangkan mata berhargan selepas menewaskan, Panitchaphon Teeraratsakul, 21-10,21-17, untuk mata kedua negara.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turun selaku wakil keempat negara menyumbangkan mata ketiga untuk kemenangan 3-1 selepas menewaskan gandingan Thailand, Dechapol-Pakkapon, dalam aksi rubber set, 21-14,18-21,21-17.
Skuad negara akan berdepan Indonesia dalam pentas akhir Rabu ini dalam misi menamatkan kemarau emas dua dekad.