Skip to main content

Sukan SEA

Badminton Sukan SEA Thailand: Letshanaa kandas dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Letshanaa

Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, kandas dalam suku akhir acara individu Sukan SEA Thailand 2025 apabila tewas kepada pilihan utama dari Indonesia, Putri Kusuma Wardani, di Thamasat Rangsit Gymnasium sebentar tadi.

Berdepan lawan di ranking ketujuh dunia itu jelas memberikan kesukaran buat Letshanaa, yang kini berada di ranking ke-43.

Advertisement

Pemain negara itu terpaksa akur perjuangannya tamat dengan kekalahan 18-21, 13-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 42 minit.

 

Must Watch Video