Skip to main content

Sukan SEA

Badminton Sukan SEA Thailand: Jun Hao, Letshanaa antara lima wakil negara mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Lima wakil negara meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir badminton, Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, hari ini.

Dua perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, tidak berdepan masala menewaskan lawan dari Laos, Vixunnalath Phichith, 21-15, 21-15 dalam tempoh 32 minit.

Advertisement

Dalam pada itu, tempoh 50 minit diperlukan seorang lagi wakil muda negara, Justin Hoh, menewaskan Jason Teh dalam aksi straight set, 22-20, 21-15.

 

 

 

Malah, perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, menewaskan wakil Singapura, Jaslyn Hooi, menerusi aksi straight set, 21-17,21-20, selain Wong Ling Ching yang mengatasi cabaran  Insyirah Khan, dengan kemenangan 21-16, 21-15 untuk mengesahkan slot ke suku akhir.

Letshanaa yang berada di ranking ke-41 dunia itu akan berdepan pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani, esok.

 

 

 

 

Sementara itu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, turut meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas mudah menewaskan gandingan Filipina dengan keputusan 21-8, 21-14.

 

Must Watch Video