Skip to main content

Badminton

Badminton: The Minions bakal kembali?

Gideon

Masihkah anda ingat era dominasi The Minions? 

Satu perkongsian oleh legenda badminton Indonesia, Muhammad Ahsan, di Instagramnya memuat naik foto bersama bekas gandingan beregu lelaki nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, dengan kapsyen mendebarkan; "Minions come back?".

Advertisement

Tidak pasti sama ada perkara itu benar atau gurauan semata. Namun, rata-rata peminat badminton menyambut baik perkembangan tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku. 

Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo bukanlah asing, malah antara pelopor beregu lelaki paling berjaya di dunia. 

Setakat bersama, mereka berdua kekal berada di ranking tertinggi dunia selama 260 minggu berturut-turut dan menjadi beregu lelaki pertama di dunia memenangi lapan kejuaraan dalam satu musim sahaja. 

Ia, sekali gus menyaksikan The Minions meraih 19 kejuaraan terbuka siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF). 

Mereka dahulu pernah menjadi musuh tradisi kepada gandingan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. 

 

Must Watch Video