Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Semua lapan peserta mampu sarung jersi kebangsaaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AKB

Astro Kem Badminton (AKB) 2025 telah melabuhkan tirai pada 14 Disember di Thailand, kunjungan ke Sekolah Badminton Banthongyord bukan sahaja untuk kenangan manis buat lapan peserta terpilih, ia juga adalah sebuah bekalan pengalaman mendalami latihan yang menghasilkan jaguh dunia.

Malahan kualiti bakat yang lahir daripada edisi kali ini dapat dilihat berupaya tinggi menyarung jersi kebangsaan seperti Jacky Kok dan Justin Hoh yang juga merupakan alumni AKB.

Advertisement

Itulah yang dilalui lapan peserta Astro Kem Badminton sepanjang berlatih di bawah program jurulatih senior Banthongyord, Xie Zhuhua, yang menjadi sebahagaian daripada institusi ini sejak 1992.

Banthongyord menerapkan falsafah badminton dari negara kelahiran Zhuhua, China dan Thailand yang berhasil menjadikan anak didiknya seperti Ratchanok Intanon juara dunia pada 2013.

Zhuhua sifatkan dia sangat kagum dengan komitmen kelapan-lapan peserta yang pertama kali merasai latihan unik Banthongyord.

"Fokus utama ialah memastikan mereka menguasai teknik asas dengan betul, jika teknik asas ini dilatih sejak kecil, apabila mereka meningkat dewasa nanti, mereka berpeluang menyertai kejohanan seperti peringkat remaja, Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik atau Terbuka England dan seterusnya mampu mencapai keputusan yang baik.

"Antara perkara paling penting ialah teknik pukulan dan pergerakan kaki, kerana itulah asas kepada permainan badminton" kata Zhuhua.
 

Must Watch Video