Aston Villa membuka semula perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 di saat akhir ke atas pendahulu, Arsenal yang membolehkan Manchester City merapatkan jurang kepada dua mata.
Pemain gantian Emiliano Buendia menjaringkan gol kemenangan pada minit kelima masa kecederaan dengan hampir sepakan terakhir perlawanan sengit Villa Park untuk meninggalkan kelab Midlands yang bangkit semula itu hanya tiga mata di belakang Arsenal yang mengalami kekalahan pertama mereka dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan.
Advertisement
Kekalahan terakhir Arsenal hadir ketika tewas 1-0 kepada Liverpool sebelum mereka melewati 18 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.
Matty Cash membuka jaringan dalam separuh masa pertama sebelum Leandro Trossard menyamakan kedudukan -- gol kemenangan skuad kendalian Unai Emery yang disumbat Buendia mencetus suasana cukup gemilang buat Villa yang menyaksikan mereka kini menghuni tangga ketiga liga.
City menikmati kemenangan rutin 3-0 di tempat sendiri menentang Sunderland dengan gol jarak jauh yang menakjubkan oleh Ruben Dias yang membuka jalan untuk tiga mata menentang pakej kejutan musim ini.
Juara bertahan, Liverpool kekal 10 mata di belakang Arsenal selepas seri 3-3 di Leeds United walaupun mendahului 2-0 dan 3-1 -- Ao Tanaka menjaringkan gol penyamaan saat akhir untuk pasukan tuan rumah.