Wakil Malaysia, Kuching City, dalam landasan sukar apabila belum meraih sebarang kemenangan dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), sebaliknya hanya mengumpul satu mata setakat ini.
The Cats yang menduduki tempat terakhir Kumpulan H wajib meraih kemenangan bagi mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya selaku penampilan pertama dalam kejohanan itu.
Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak sekali lagi akan bertemu gergasi Korea Selatan, Gangwon, kali ini di tempat sendiri Khamis ini.
Untuk rekod, naib juara Liga Super musim lalu itu tewas 0-1 kepada Gangwon minggu lalu.