Apa kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)?
Terdapat khabar angin mengatakan bekas bintang Liverpool, Mohamed Salah, akan dikurniakan kewarganegaraan Turkiye berikutan mencetuskan fenomena menyertai kelab domestik negara itu, Trabzonspor.
Menurut sumber di media sosial, pemain antarabangsa Mesir itu bakal menerima 'State Medal' sebagai Perkhidmatan Cemerlang setelah melakukan satu lonjakan besar dalam bidang sukan dan pelancongan Turkiye.
Belum ada apa-apa pengesahan mahupun sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak setakat ini.
Sejak ketibaannya pada Ogos lalu, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah beraksi 14 perlawanan dan menjaringkan 10 gol bersama Trabzonspor.
🚨JUST IN: Mohamed Salah will reportedly be GRANTED Turkish Citizenship. Salah will be awarded the State Medal for Distinguished Service after causing an UNPRECEDENTED boom in sports and tourism in Turkey. https://t.co/lErgYkyGps
— Polymarket FC (@PolymarketFC) November 2, 2026
Salah merupakan antara tonggak penting Mesir menghadapi Piala Dunia 2026 Jun lalu.
Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat tentang desas-desus Salah bakal memiliki satu lagi kerakyatan.
FIFA dalam satu peraturannya jelas mengatakan seseorang pemain naturalisasi wajib mempunyai tempoh menetap sekurang-kurangnya lima tahun di negara bukan kelahiran itu sekiranya mahu mewakilinya atau secara terang-terangan memiliki darah campuran daripada ibu-bapa atau atuk dan nenek.
Adakah berita itu satu perancangan atau sekadar kontroversi?